Thursday, April 13, 2017

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati




Salam Semua..
Entri santai je petang ini..saja nak share dengan korang 

kita adalah manusia biasa yang tentula akan sakit kan..tapi banyak di antara kita yang bila sakit je  pi klinik kan?
Pernah tak kita pikir nak mencegah daripada mengubati?tentu jarang kan..
Saya petik kata-kata dari Page Dr.Suriyakhatun.


Bila kita dapat sakit apa yang kita buat?
Makan ubat untuk hilangkan sakit?
Adakah itu sesuatu langkah yang bijak? 
Sakit adalah petanda dari badan kita memberi tahu ada yang tak kena dan perlu dibetulkan. 

Makan ubat tahan sakit adalah langkah matikan loceng penggera. 
Contoh: Sakit sendi: Makan ubat tahan sakit, makan herba, makan majun. Sakit lagi, ulang ubat. Satu hari kaki mula bengkak dan kencing makin kurang waktu siang dan malam baru banyak kencing. Makan pula herba lawas kencing. Bila kaki semakin bengkak baru ternampak air kencing banyak buih. Baru jumpa doktor untuk periksa. Rupanya sudah lama asid urik tinggi dan bengkak sendi adalah gout. Ubatnya bukan ubat tahan sakit tetapi ubat kurangkan kadar asid urik dan perubahan cara makan. Sudah agak lambat bila ginjal sudah mula kurang menjalankan tugas. 
Contoh lagi: Badan cepat letih, jalan sikit mencungap. Jumpa kawan yang menjual produk, tanya nak buat apa dan dia syurkan minuman Jus @&$@. Kita pun minum, bertambah letih, kawan lain pula syurkan tonik$&&!? kita pun amalkan. Sudah tenat jumpa doktor, rupanya urat darah koronari jantung sudah banyak tersumbat. Banyak tanda awal tapi kita tak hiraukan. Tidak cuba ubah cara pemakanan, tidak pergi doktor untuk cari punca masaalah. 
Langkah bijak adalah siasat punca awal, rawat dari punca. Bukan matikan loceng penggera, rawat diri sendiri.

No comments:

Post a Comment